Botani Kerekup siam

Pokok kerekup siam di Hyderabad, India.

Pokok kerekup siam tumbuh setinggi 3–12 meter. Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 4–14 sentimeter panjang dan 1–4 sm lebar.[3] Pokoknya membesar dengan sungguh cepat, begitu juga dengan buahnya, dan tidak pernah putus berbunga. Pokok ini mengeluarkan buah yang berwarna merah dan bunga berwarna putih.

Benih ceri ini tidak boleh dicernakan oleh burung-burung yang memakannya. Oleh itu, burung pemakan benih seperti gagak dan merpati akan menyebarkan benihnya melalui najis yang dibuang.

Kitar hidup buah ialah bermula daripada bunga yang tumbuh begitu banyak yang kemudian akan didebungakan oleh serangga. Selepas itu, bunga yang telah didebungakan berubah menjadi putik berwarna hijau. Buahnya masak serentak dan selepas masak, bunga baru akan muncul. Selepas dipetik, tampuk buah akan meninggalkan kesan parut pada tempat tangkai dicabut.[6]

  • Bunga kerekup siam
  • Buah dan bunga kerekup siam.
  • Buah kerekup siam yang masak.
  • Seekor kupu-kupu hinggap di bunga kerkup siam.